PBNS tetap buat rayuan: MB.'Jika pendaftaran dibatal, kami kena bayar gaji setahun... matilah kami'

Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan

SEKALIPUN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertegas tidak memberi ruang rayuan berkaitan isu pemain import yang gagal melepasi syarat beraksi pada Liga Malaysia (Liga-M) 2012, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) tetap akan membuat rayuan dan berharap diberi pertimbangan sewajarnya badan induk itu.

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dia mengakui PBNS terperangkap dengan syarat pengambilan pemain import dari kelab terakhir Amerika Latin, Afrika dan Eropah, mestilah dari Divisyen 1 atau 2 manakala bagi Asia, mestilah Divisyen 1.
“Kita (PBNS) amat teliti dalam mengambil pemain import kerana mahukan pemain yang berkualiti, sebab itulah kami menguji ramai pemain. Tetapi kami tersilap langkah dengan syarat ditetapkan itu apabila pemain import dari Brazil, Marquen Nuquen Goncalves, beraksi kali terakhir dalam Divisyen 3 walaupun dia berkualiti dan pernah beraksi dalam kelab Divisyen 1 di negaranya.

“Tambahan pula pengumuman Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketulusan FAM dibuat dua hari lalu berbanding tarikh pendaftaran pemain pada 8 Disember sedangkan ketika itu, kami (PBNS) sudahpun menandatangani kontrak setahun dengan pemain terbabit dan membuat pembayaran yuran ejen sebanyak AS$35,000 (RM108,500).

“Jika membatalkan pendaftarannya (pemain), ia membabitkan banyak masalah termasuk kemungkinan terpaksa membayar gajinya setahun... matilah kami,” katanya pada sidang media khas di Klana Resort Seremban, semalam.

Mohamad berkata, pihaknya akur dengan keputusan tidak membenarkan sebarang rayuan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tetapi berharap FAM boleh bersikap bertimbang rasa dan memberi kelonggaran.
“Kami akan membuat rayuan secepat mungkin,” katanya.

Perkembangan terbaru itu memberi tamparan hebat buat jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah dalam persiapan terakhir berdepan juara Liga Super, Kelantan menjelang perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah di Kota Bharu, 7 Januari ini. 

sumber: Berita Harian , Google  

p/s:Boleh ke FAM nak terima.Dorang dah kata tak boleh.kesian gila dorang.dah la dorang ni tak sekaya Tranung tu.kesian gila...