CHONG WEI melangkah ke final selepas menjinakkan Chen Long pada perlawanan peringkat separuh akhir, semalam. |
DENDAM terbalas. Mungkin itu yang berlegar di fikiran jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sebaik berjaya mengenepikan cabaran bintang muda China, Chen Long pada aksi peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 semalam. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil itu, Chong Wei ternyata bijak untuk mematahkan segala serangan Chen Long apabila menang 21-18, 17-21, 21-13. Sebelum ini, Chong Wei dikejutkan dengan kekalahan ke atas Chen Long iaitu pada peringkat separuh akhir Siri Super Akhir di China bulan lalu.
Malah, dia juga tewas DUA kali berturut-turut di tangan pemain China tersebut ketika Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark pada Oktober tahun lalu.
Chen Long gagal ke final selepas di kalahkan oleh jaguh badminton no.1 dunia. |
Chen Jin mengalami kecederaan buku lali kanan dan memberikan kemenangan percuma kepada Kenichi Tago |
Terdahulu, Tago menempah slot ke pentas final selepas lawannya Chen Jin dari China menarik diri ekoran mengalami masalah kecederaan buku lali kanan.
Kenichi Tago melangkah ke final dengan percuma apabila Chen Jin menarik diri akibat kecederaan buku lali kanannya. |
Lee Chong Wei akan bertemu Kenichi Tago di final Terbuka Malaysia 2012.
SUMBER:Kosmo!,Google.com